Pelakon Amar Asyraf, 37, selamat menimang cahaya mata ketiga seorang bayi perempuan dinamakan Ammara Fateema yang dilahirkan pada Sabtu lalu, di sebuah hospital dekat Klang . Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin berkata isterinya Farhana Yusof terpaksa bertarung 16 jam di bilik bersalin namun bersyukur bayinya dalam keadaan sihat. Alhamdulillah syukur dan teruja sangat. Segalanya dipermudahkan meskipun lama juga isteri saya ambil masa nak bersalin. Lebih 16 jam. Kami pun sudah siap memilih namanya awal-awal lagi walaupun agak ambil masa juga. Kami agak tradisional maka akhirnya memilih nama Fateema saja.
Dalam pada itu, Amar berkata mereka memang nanti-nantikan kehadiran orang baharu dan baru hari ini teruja berkongsi kepada ramai. Alhamdulillah, ‘baby’ dalam keadaan baik-baik. Lahir 2.8 kilogram dan kecil saja, normallah. Saya memang sedia berjaga malam sebab saya pun meniaga malam. Terdahulu, pelakon drama Perempuan Itu terbabit berkongsi mengenai berita gembira kelahiran berkenaan di Instagram. Dia mendoakan puterinya jadi anak soleh sambil berterima kasih kepada isterinya.
Farhana juga sempat tinggalkan komen pada hantaran terbabit. Nangis tengok gambar ini. Terima kasih sayang teman saya dalam LR (bilik bersalin), dan korbankan tangan awak sekali. Walaupun tidak mendedahkan butiran perkahwinan, pasangan itu didakwa mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu. Amar memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian hasil perkahwinan terdahulunya bersama Arna Salleh.
Kredit Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.