Kumpulan pendaki Amal Summit Attack Resources (SAR) membantu rumah kebajikan Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur menerusi pendakian amal di Gunung Island Peak, Nepal. Ketua pendaki ekspedisi terbabit, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa berkata, objektif utama pendakian itu adalah untuk membantu rumah kebajikan Persatuan Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur. Menurutnya, rumah kebajikan ini memerlukan dana yang mencecah RM21,000 setiap bulan dan juga RM250,000 secara tahunan. Perbelanjaan ini merangkumi bil bulanan, sewa rumah, perubatan, fasiliti dan keperluan yang lain. Visi kami adalah untuk mencari dana daripada penaja, syarikat korperat atau individu yang berminat untuk bekerjasama dalam menjayakan misi murni ini,” katanya pada sidang media pelancaran pendakian amal berkenaan, semalam.
Terdahulu, Universal Fitness & Leisure (UFL) Sdn Bhd menyumbangkan peralatan bagi kegunaan mendaki iaitu beg Aviant Duffel Pro 60 dan juga Aircontact core 50+10. Pendakian akan berlangsung selama 18 hari bermula pada 25 Februari tahun hadapan sehingga 13 Mac tahun hadapan yang disertai lima pendaki termasuk pelakon, Azhan Rani.
Bagi Azhan, Gunung Island Peak, Nepal ini dipilih disebabkan cuacanya yang bersalji dan ketinggiannya yang mencecah 6,160 meter. Setiap pendaki ada ‘wish list’ (perkara yang diharapkan) mereka yang tersendiri. Saya cuba untuk mencabar diri saya untuk ke gunung yang mempunyai ais. Saya sudah ke Gunung Jeju, Korea Selatan dan bagi saya ianya tidaklah terlalu sukar kerana gunung itu kini lebih kepada komersial. Jadi saya memilih Gunung Island Peak ini kerana gunung ini boleh dikatakan sebagai Gunung Everest yang kedua. Sumber Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.