Imbas kembali saat dirinya kurang senang sebelum ni, Khai Bahar nekad untuk berkongsi rezeki bersama dengan orang yang memerlukan

Penyanyi Khai Bahar mahu berkongsi rezeki bersama insan yang memerlukan, terutamanya golongan anak yatim. Khai atau nama senenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 28, mengimbau kembali saat dirinya juga mengalami nasib kurang senang suatu ketika dahulu. Khai berkerjasama penganjur XUTFilm Studio bakal meraikan anak-anak yatim dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama peghuni rumah kebajikan Raudhatul Al-Faeez pada Ramadan ini. Saya sendiri teringat apabila saya juga bukan datang daripada keluarga senang. Bila dapat rezeki macam ini, saya rasa inilah masanya untuk saya beri balik dengan apa yang saya dah miliki sekarang.

Rezeki yang saya dapat ini bukan saya dapat sepenuhnya, ia adalah doa orang diluar sana. Saya rasa ada peluang bagi saya dan orang lain juga. Sambil kita berpuasa, kita beramal. Ini adalah salah satu cara kita untuk membantu mereka yang memerlukan” katanya. Tambah pelantun lagu Sengsara ini, dia menyifatkan setiap kebaikan yang dilakukan adalah percuma tanpa memerlukan bayaran. Saya rasa untuk buat kebaikan ini tak perlukan bayaran, bagi saya banyak cara yang boleh kita buat sebab ianya percuma. Kalau kita tak mampu beri duit, kita boleh buat dengan cara memberi kesederan kepada orang untuk berbuat baik,” tambahnya.

Dalam pada itu, Pengurus Projek mewakili XUTFilm Studio, Shahriz Taher, memaklumkan objektif program ini bagi meraikan anak-anak yatim sekaligus menggalakkan orang ramai untuk berbuat kebaikan dengan meraikan golongan tersebut. Julung kalinya kami menganjurkan program ini dan kami mahu berkongsi kegembiraan, apatah lagi menjelang Aidilfitri. Dengan ini, kami mahu membuka peluang orang ramai wakaf pahala dengan memberi sumbangan secara individu kepada rumah kebajikan ini.

Kami tak target penuh atau taktapi ini inisiatif kami sendiri untuk mengumpul orang mengumpul pahala dalam bulan Ramadan,” ujar Shahriz. Majlis berbuka puasa bersama Khai Bahar bagi meraikan anak yatim dan miskin Raudhatul Al-Faeez bakal diadakan di Grand Barakah Hotel, Ampang, Kuala Lumpur pada 14 April depan. Tiket dijual secara individu atau meja bermula RM208 hingga RM478 dan boleh dibeli menerusi talian 01170270028.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version