Pempengaruh media sosial, Ubai menjelaskan cincin yang dibeli kepada cinta hatinya iaitu penyanyi, Shila Amzah merupakan cincin tanda. Menurut Ubai, cincin itu merupakan tanda untuk membawa hubungan ke arah lebih serius. “Bukan cincin kahwin tapi cincin tanda untuk hubungan yang lebih serius. Doakan yang baik-baik untuk kami. “Kami tak rancang, hanya kebetulan. Ketika itu kami nak berbuka lepas tu ternampak kedai cincin dan saya tertarik dengan sebentuk cincin.
“Kemudian dia cuba dan berkenan lalu saya pun beli. Jadi cincin tu saya jadikan sebagai tanda untuk perhubungan kami,” katanya ketika ditemui Gempak. Mengulas mengenai perkahwinan, Ubai memberitahu mereka mahu memberikan fokus terhadap kerjaya terlebih dahulu. Setakat ini kami memang ada merancang untuk ke fasa seterusnya tetapi buat masa sekarang saya lebih memberikan fokus kepada kerjaya saya sebagai seorang producer. Saya juga menasihati Shila untuk fokus terhadap kerjayanya tambahan pula selepas sahaja puasa dia harus memberikan fokus untuk konsert pula,” jelasnya.
Terdahulu, Shila membuat kejutan dengan memuat naik video beserta kapsyen “akhirnya Sha setuju, terima kasih buat semua yang mendoakan baik-baik. Semoga Allah permudahkan segalanya,” di akaun Instagram membuatkan ramai yang teruja. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.