Mak mertua idaman wanita, apa pun yang jadi Datin Patimah selalu bagi semangat untuk Puteri Sarah dan ank

Ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail dilihat aktif membuat hantaran berbaur luahan hatinya di Instagram Story mengenai dua cucu iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, termasuk menantu, Puteri Sarah Liyana, 38. Menerusi beberapa hantaran terbaharu hari ini, Patimah nyata tidak pernah lelah memberikan sepenuh semangat dan sokongannya kepada Puteri Sarah serta anak-anak melalui coretan ditulis. Ya Allah. Takdirkanlah yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana, engkau maha mengetahui dan ampunkan dosa-dosa mereka yang runtuhkan masjidnya, Allah,” tulisnya.

Diikuti satu lagi hantaran Instagram Story, Patimah menulis, ‘Sumayyah masih tidak memahami kenapa ayah tidak tinggal bersama mamanya, Syaikhul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah. Dalam hantaran lain pula, tulisnya, ‘Ya Allah aku tetap bersyukur walau apa pun berlaku, kerana perancangan-Mu adalah yang baik buat kami, walaupun perkara itu tidak baik.

Hari ini, Syamsul, 39, sepatutnya melafazkan talak terhadap isteri pertama, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, namun tidak jadi berbuat demikian selepas kedua-dua belah pihak didapati gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara. Berikutan itu, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas. Menerusi prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Bagaimanapun, pada 6 Januari lalu, Syamsul mengumumkan dia berkahwin satu lagi dengan wanita dikenali, Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi di Thailand dengan diwalikan oleh Kazar sendiri. Kemelut berpanjangan dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah sudah berlanjutan selama empat tahun dan tahun lalu, pelakon itu mendedahkan ia berpunca daripada kehadiran ‘orang ketiga’ yang mengganggu sehingga memerlukannya mengambil tindakan undang-undang.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version