PELAKON Nora Danish memberitahu dia banyak menolak tawaran lakonan selepas melahirkan anak bongsu sejak tahun 2018. Kata Nora, 41, berkata dia kini agak selektif memilih karya dan tidak mahu menerima watak yang berat sehingga menjejaskan kehidupan hariannya di rumah. “Saya sekarang ini lebih fokus kepada anak-anak dan keluarga lebih-lebih lagi anak bongsu saya rapat dengan saya. “Saya tidak risau sekiranya tiada tawaran berlakon kerana ketika ini saya agak memilih dengan situasi saya, sekali gus suami turut menyarankan saya agar tidak mengambil watak yang berat,” katanya.
Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Iftar dan Malam Tayangan Perdana filem Sumpahan Malam Raya yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini. Disebabkan itu, Nora memberitahu dia membuka syarikat produksinya sendiri untuk memastikan minatnya dalam dunia lakonan tetap diteruskan. Kata Nora, syarikat produksinya itu nanti membuka ruang untuk dia melakonkan pelbagai watak yang diinginkan. “Selepas ini saya akan ada syarikat produksi sendiri dan boleh saya merealisasikan watak-watak berat atau mungkin watak yang tak pernah saya buat dalam mana-mana naskhah sebelum ini. “Saya dah berlakon selama 20 tahun, jadi untuk tinggalkan sesuatu yang diri sendiri minat itu memang susah.
“Dengan adanya produksi sendiri saya boleh terus berjaya selain turut berkuasa memilih pelakon dan jalan cerita yang saya inginkan. Nama production saya ND Production dan kami telah bermula sejak Disember tahun lalu,” kongsinya. Nora bagaimanapun menyangkal dakwaan ingin membalas dendam dalam berkarya kerana sebelum ini terikat dengan syarikat produksi lain. “Saya bukan nak balas dendam sebab tak dapat buat dekat mana-mana filem atau drama, tetapi apa yang saya boleh katakan lakonan sudah sebati dalam hidup saya.
“Jadi dengan ada rumah produksi sendiri, ini adalah pilihan yang tepat untuk saya teruskan minat saya,” kongsinya. Dalam perkembangan lain, Nora yang memegang watak Misha dalam filem Sumpahan Malam Raya ini mengakui seronok menjiwai watak berkenaan. Kata Nora, walaupun bergenre komedi seram namun dia tidak perlu bersusah payah untuk menjadi kelakar kerana filem berkenaan turut dibintangi pelawak seperti Atu Zero dan Danial Zaini.
“Filem ini sangat simple, komedi yang ringan. Balik rumah pun tidak stress kalau pilih watak-watak begini. “Saya tak perlu kelakarkan diri saya, sebab dalam filem ini ada Atu dan Danial, mereka banyak membantu saya menjayakan watak kelakar dalam filem ini,” jelasnya.Selain Nora, Atu dan Daniel, Sumpahan Malam Raya turut dibintangi Vanidah Imran, Reen Rahim, Datuk Yusry Abd Halim, Ropie, Saiful Apek, Yassin Yahya, Rita Rudaini dan ramai lagi. Sumpahan Malam Raya bakal ditayangkan di pawagam terpilih pada 22 April depan. Sumber: mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.