Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida memohon agar tidak melibatkan dirinya dalam isu lagu raya suaminya. Shahida memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya. Menurut Shahida dia tidak mahu diganggu dengan perkara-perkara yang tidak melibatkan dirinya dan anak-anak. “Tak perlu kot nak tag tag saya dengan benda yang tak ada kaitan dengan saya… Saya dan anak-anak tiada kaitan langsung ya dengan apa-apa juga lagu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shahida juga mengakui sudah menasihatkan suaminya berkali-kali namun masih berdegil. “Orang lain makan nangka orang lain kena getah… Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau. “Dah besar dan boleh fikir baik dan buruk. Jangan mengganggu ketenteraman saya dan anak-anak saya,” maklumnya.
Terdahulu, Aliff Syukri sekali lagi mengundang rasa kurang senang warganet selepas memuat naik video teaser lagu raya terbaharunya. Video itu merakamkan penampilan Aliff memakai set baju lengkap berwarna biru yang ketat terutamanya di bahagian kaki dan bersampin. Manakala di belakangnya pula menunjukkan beberapa penari lelaki berpenampilan sama sepertinya membuat tarian yang mengundang kemarahan warganet. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.