Sesibuk mana pun di tempat kerja atau sebagainya, carilah ruang masa untuk bersama ibu dan bapa sebelum peluang itu tidak lagi ada. Mama dan papa saya sudah semakin tua. Jadi, sekarang saya ingin selalu menghabiskan masa bersama mereka di kampung.” Demikian kata penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa berkenaan aktiviti terkininya yang sering mencari masa mendekatkan diri dengan ibu bapa di kampung. Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handiyani menasihatkan agar mereka yang masih memiliki ibu bapa untuk terus berbakti kepada insan ini.
Mereka kan sudah membesarkan kita dari kecil hingga dewasa. Justeru, sentiasalah berbuat baik dengan kedua orang tua sebelum mereka menutup mata. Betul, orang tua kita makin lama, makin menua. Saya nak selalu ada untuk mereka sebab kita tak boleh hentikan atau undurkan masa ke belakang. Makin lama juga, kita lebih menghargai orang sekeliling. Siapa yang pergi dahulu, kita sendiri tidak tahu. Tapi, yang paling pasti jangan sampai menyesal jika kita kurang memberi (kasih sayang) sewaktu orang tua masih lagi bernyawa,” katanya ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran single Khanti di sebuah hotel di sini.
Lagu ciptaan Melly Goeslaw dan muzik susunan Adi Riyanto ini menjadi lagu runut bunyi untuk drama bersiri Bidadari Bermata Bening yang disiarkan menerusi platform VIU. Penyanyi lagu popular Ayat-Ayat Cinta ini berkata, fasa pandemik Covid-19 banyak mengajarnya untuk lebih menghargai orang sekeliling biarpun dilihat kecil. Ketika pandemik, kita diajarkan banyak hal. Selalu bertanya khabar dengan orang tersayang disebabkan ‘terkurung’ oleh jarak. Malah, pandemik Covid-19 juga mengajar saya untuk lebih mendekat dengan orang yang saya kasihi. Sering bertanya khabar rakan-rakan dan saudara mara,” katanya.
Pada 2021, Rossa menghadiahkan ibu bapanya sebuah rumah banglo di kampung halamannya yang terletak di Sumedang, Jawa Barat, Indonesia. Kredit Berita harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.