Sejak beberapa hari lalu, kita telah dikejutkan seorang infleuncer dan usahawan, View Chin mempunyai hubungan dengan pekerja wanita di syarikatnya yang dikenali sebagai Mira sehingga menjadi bualan hangat warganet di media sosial. Bukan itu sahaja, baru-baru ini juga Mira telah mengeluarkan kenyataan dengan meminta maaf secara terbuka setelah sekian lama menyepi selepas isu tersebut tular di media sosial. Dalam kenyataan tersebut, Mira memaklumkan dia menyesal dan mengakui kesilapannya namun, dia mendakwa hubungannya bersama View Chin mula berputik selepas Ah Moi sah berpisah dengan bekas suaminya itu.
Susulan kontroversi yang terpalit terhadap dirinya bersama View Chin yang juga merupakan majikannya, Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah terpaksa menyembunyikan diri pada ketika ini daripada orang ramai. Malah, difahamkan juga ada beberapa ahli keluarganya telah jatuh sakit dan enggan untuk pulang ke kampung untuk menyambut hari raya. Namun begitu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mira di laman Instagramnya, dia berkongsi sebuah gambar dengan penampilan berwarna biru dan merah telah menarik perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, Mira dilihat sudah ‘mulakan langkah’ selepas dirinya teruk dikritik ramai di media sosial dengan meletakkan kapsyen ‘kuat dan senyum’ beserta tanda pagar ‘kuat’. Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir warganet yang dibenarkan untuk memberi reaksi tidak melepaskan peluang menzahirkan kata-kata semangat buat Mira untuk meneruskan kehidupan.
Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.