Penyanyi, Haqiem Rusli memaklumkan dia sudah mencuba untuk menjadi seorang suami yang baik buat isterinya, Anis Sofea sepanjang mereka membina mahligai sejak dua tahun lalu. Menurut laporan Harian Metro, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli menegaskan dia akan terus berikan yang terbaik untuk keluarganya demi kebaikan bersama. Ujar penyanyi yang berusia 25 tahun itu lagi, dia mengakui tindakan isterinya menanggalkan tudung adalah salah satu ujian buatnya namun, dia sudah buat yang terbaik sebagai seorang suami.
“Saya sebenarnya tidak mahu komen lebih (isu isteri tanggalkan hijab) sebab ini adalah berkaitan kehidupan peribadi. Cuma apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis. Saya terima ujian ini dan masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa,” katanya. Bukan itu sahaja, pelantun lagu Tergantung Sepi itu turut menjelaskan spekulasi rumah tangganya sedang mengalami masalah adalah tidak benar sama sekali seperti mana yang didakwa oleh orang ramai di media sosial sebelum ini.
Tegasnya, dia tidak hairan dengan andaian yang direka oleh warganet dan hubungannya bersama isteri masih baik. “Tidak kisahlah apa ‘assumption’ (andaian) atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja. Perkara ini mungkin timbul apabila saya sudah jarang upload (muat naik) di media sosial tetapi itu tidak bermakna hubungan rumah tangga saya bermasalah. Raya pun kami beraya di rumah keluarga dua-dua belah pihak dan datang ke Pulau Pinang juga bersama-sama,” jelasnya.
Terdahulu, Anis Sofea telah bertindak memadam gambar Haqiem di laman Instagram dan memuat naik beberapa foto yang memaparkan tidak berhijab telah mencetuskan tanda tanya ramai. Sekadar info, Haqiem telah mendirikan rumah tangga bersama Anis pada 19 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup dengan dihadiri keluarga terdekat. Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.