PENYANYI Anuar Zain enggan terlalu mengikuti trend di media sosial kerana bimbang boleh mendatangkan malu buat dirinya. Kata Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 53, dia lebih selesa mengekalkan identiti sendiri meskipun sedar kepentingan media sosial untuk mempromosikan kerjaya seni. “Saya tidak percaya dalam mengikut trend. Saya lebih kepada sesuatu yang evergreen dan kekal selamanya. Saya pun tak reti nak berjoget dan tiada bakat ke arah itu.
“Kalau tiada bakat lebih baik tak payah buat. Kenapa perlu lakukan sesuatu yang menjadi bahan ketawa orang. Nanti bila dah semakin berusia kita pula akan terfikir tentang tindakan sebelum ini,” katanya. Mula aktif menggunakan media sosial sejak tahun 2016, Anuar berkata dia dapat berhubung terus bersama peminat dan menerima banyak komen positif. Anuar bagaimanapun enggan menjadikan platform miliknya itu sebagai medium untuk mana-mana pihak mempromosikan produk jualan mereka.
“Kalau ada masa lapang saya sendiri yang akan membalas DM dan komen peminat. Itu adalah salah satu cara saya berinteraksi dengan mereka. Namun kalau bab perniagaan saya memang tidak akan repost. Kenapa perlu buat begitu apabila ada yang menggunakan imej saya untuk tujuan perniagaan,” ujarnya. Bercerita tentang perkembangan kerjaya, penyanyi lagu Sedetik Lebih ini memberitahu dia sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan sesuatu istimewa kepada peminat. Dalam masa sama dia juga menyatakan keterbukaan bekerjasama dengan mana-mana penulis atau komposer baharu untuk menghasilkan lagu buatnya.
“Dari segi muzik saya lebih gemar untuk terus mengikut kegemaran sendiri. Namun saya juga mendengar lagu-lagu baru penyanyi sekarang ini. Ada antaranya yang seronok untuk didengar. “Saya juga terbuka untuk bekerjasama dengan komposer baru. Bagaimanapun ramai yang terlalu sibuk sebab sekarang ini komposer juga merupakan seorang penyanyi,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.