Enggan berkongsi mengenai sebarang ujian yang dihadapi sepanjang proses bertunang, pelakon Syafiq Kyle lebih selesa untuk menyimpan privasi itu bersama tunangnya, Mimi Lana. Syafiq atau pemilik nama penuh, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, mengakui sebagai insan biasa, dia dan pasangan tidak terlepas daripada ujian dan dugaan sebelum mendirikan rumah tangga.
Alhamdulillah, tapi kalau ada ujian sekali pun takkan saya nak kongsikan kepada umum. Sekiranya ada atau tidak ujian itu saya simpan untuk diri sendiri. Saya bukan kahwin kali kedua atau ketiga, ini adalah perkahwinan yang pertama untuk saya.
Saya pun bukan pandai sangat, banyak hal yang saya belajar dan kawal menguruskan perkara begini (perkahwinan). Saya juga perlukan sokongan orang sekeliling,” katanya. Bakal menamatkan zaman bujang bersama kekasih, Mimi Lana tidak lama lagi, Syafiq menafikan dirinya bosan diajukan persoalan mengenai perkahwinan.
Jelas Syafiq, dia tetap menjawab soalan berkaitan peribadi dengan baik kerana optimis ramai yang mengambil berat dan mahu mengetahui perkembangannya bersama Mimi. Saya tidak cakap saya bosan, cuma saya cakap soalan itu berulang. Tapi, saya boleh saja jawab, tiada masalah. Saya percaya yang bertanya itu mendoakan yang terbaik buat saya. Jadi, kalau tanya persiapan, semuanya sudah siap, cuma sekarang ini memeriksa apa yang patut.
Dan persiapan dari segi duniawi pun sudah siap, persiapan dari segi rohani masih diusahakan di mana saya banyak bertanya pada kawan-kawan kerana ramai kawan saya sudah berkahwin. Kita pun tak boleh malu bertanya,” katanya.
Syafiq berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Polis Evo 3 yang diadakan di TGV KLCC, baru-baru ini. Berkongsi mengenai filem berkenaan, Syafiq mendedahkan antara cabaran yang dihadapi membintangi Polis Evo 3 adalah dia perlu melawan rasa gementar apabila digandingkan dengan pelakon yang sinonim dengan francais filem itu iaitu Shaheizy Sam dan Zizan Razak.
Dari segi kesukaran, tidak banyak kerana produksi, penerbit, pelakon semuanya bagus dan pengarah juga ada sasaran yang jelas. Tapi, saya tidak menafikan ada kesukaran dari segi peribadi. Maksudnya saya sendiri gementar nak masuk set bekerjasama dengan Sam dan Zizan. Hari pertama pula adalah adegan saya bersama mereka berdua. Saya masih ingat saya berpeluh-peluh ketika menjayakan adegan itu,” katanya.
Polis Evo 3 bakal menjengah 165 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula hari ini. Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini mengangkat kredibiliti pasukan polis negara dan Polis Evo 3 masih mengekalkan elemen aksi komedi. Kredit Harian Metro ,PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.