Semenjak dirinya membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab, nama isteri penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea sering terima kritikan serta kritikan hebat di media sosial. Malah, baru-baru ini juga dia telah dilantik sebagai duta untuk sebuah produk kecantikan dengan penampilan yang sangat sederhana sehingga berjaya menarik perhatian ramai. Pun begitu, selain warganet menegur gaya rambutnya yang bersahaja, ramai juga mendakwa wajah Anis iras seperti usahawan jamu popular, Kak KM di sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya. Klik sini untuk lihat video.
Dalam video tersebut, kelihatan Anis sedang membuat tarian lagu nyanyian Jisoo Blackpink dari Korea Selatan sambil mempromosi produk kecantikan itu. Bukan itu sahaja, warganet turut menepis dakwaan pemilik video yang memberitahu wajah Anis mirip seperti Jisoo Blackpink yang dikatakan sangat berbeza sama sekali. Bagaimanapun, rata-rata netizen kecewa dengan penampilan baharu Anis yang sangat berlainan sebelum ini dan berharap agar dia kembali ke jalan yang benar. Terdahulu, Anis telah mengejutkan ramai apabila dia memuat naik beberapa gambar tidak bertudung di laman Instagramnya ketika Hari Raya Aidilfitri.
Sekadar info, Anis Sofea dan Haqiem Rusli telah mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka belum dikurniakan cahaya mata. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.