Pelakon, Datuk Aaron Aziz membuat ramai peminat merasa ‘cemburu’ selepas dia berpeluang berjumpa dengan bintang terkenal Hollywood, Chris Hemsworth yang popular dengan watak superhero, Thor baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz akui bersyukur apabila diberikan peluang tersebut. Difahamkan Aaron menerima jemputan eksklusif sempena Malam Gala Filem Extraction 2 lakonan aktor tampan berasal dari Australia itu yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Metro Manila, Filipina pada Isnin.
“Alhamdulillah bersyukur di atas peluang yang diberikan. Allah sebaik-baik perancang. @NetflixMY @NetflixFilm #TylerRakeLives #Extraction2PH.” Fight scenes gempak gilerrr! 100 times better than Fast X. Kalian semua kena tengok.” Menerusi video sama, aktor kelahiran Singapura itu turut dilihat berpeluang berjabat tangan dan bergambar bersama Chris.Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa teruja dan gembira apabila melihat Aaron berada satu pentas dengan Chris. Pun begitu, ada juga segelintir netizen seolah-olah memerli pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang pernah menggugurkan nama Aaron daripada senarai pelakon filem The Original Gangster (TOG) sebelum ini.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.