Semalam, pelbagai kisah suka dan duka dirakam dalam memori kehidupan ramai pelajar apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 diumumkan. Ini termasuklah kisah seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Yusra Humaira dari Sekolah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor yang mengundang sebak dalam kalangan wargamaya. Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelajar berkenaan dilihat menziarahi pusara arwah bapanya sejurus menerima keputusan SPM. Bertambah sayu lagi apabila, Yusra duduk di sisi pusara arwah bapanya itu sambil menyebut satu persatu subjek beserta gred yang diperolehi. Klik sini untuk lihat video.
Antara subjek yang disebut adalah Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris dan lain-lain lagi yang keseluruhan berjumlah 11 mata pelajaran. Membanggakan lagi, Yusra telah memperoleh keputusan cemerlang iaitu 5A+, 3A, 1A- dan 2B. Menerusi kapsyen yang ditulis dalam video berkenaan, Yusra berkata ayahnya pasti bangga dengan keputusan tersebut meskipun tidak berjaya memperoleh kesemua A. Dalam masa sama, Yusra turut bersyukur apabila keputusan cemerlang yang diterima merupakan berkat doa dari kedua ibu bapanya. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut merasa sebak selain berbangga dengan pencapaian pelajar berkenaan. Malah, ucapan tahniah dan syabas turut menghujani ruangan komen.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.