Penyanyi rock popular, Ella memaklumkan akaun Facebook rasmi miliknya telah digodam, pada petang Rabu. Menerusi hantaran di Instagram, Ella berkata pihak pengurusan yang mewakilinya sudah pun membuat laporan polis berhubung isu tersebut. “27 Julai 2023, jam 6 petang, mengambil maklum bahawa akaun Facebook rasmi milik saya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak pengurusan dalam usaha melapor perkara ini kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan akan menyerahkan makluman kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, menerusi tinjauan, di laman Facebook milik Ella, dapat dilihat beberapa hantaran video kurang sopan telah dimuat naik oleh si ‘hackers’. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.