PELAKON Zain Saidin memberitahu dia dan isteri Rozita Che Wan mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 39, bagaimanapun berkata dia reda sekiranya belum dikurniakan rezeki zuriat dan menyerahkan kepada Allah SWT. “Saya tak pernah henti mencuba untuk dapatkan zuriat cumanya ia bergantung kepada rezeki, kalau ada okay, sekiranya tak ada tak apa syukur saja. “Aaisyah kadang-kadang dia ada juga bertanya soal itu sebab dia ada abang yang sudah besar jadi dia sunyi tak ada kawan.
“Jadi sebagai bapa, saya lah yang jadi kawan kepada dia sekarang ini. Pernah satu tahap dia minta adik yang sama umur dengannya supaya dapat bermain sekali… dia pernah juga cakap minta kami ambil anak angkat sama baya dengan dia,” kata Zain. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.