Bapa kandung tak pernah naik tangan, terkini adik Eiman akan dijaga oleh datuk dia

Kanak-kanak yang dipercayai dikasari oleh ibu kandungnya dan seorang tomboi di Layangkasa, Pasir Gudang difahamkan akan dijaga oleh datuknya. Memetik laporan dari Kosmo! kanak-kanak berusia tujuh tahun itu sudah mendapat rawatan dan akan dijaga datuk selepas keluar dari hospital nanti. Dia juga berada dalam keadaan ceria selepas bertemu bapa kandung serta datuknya yang datang dari Kedah. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sewaktu melawat kanak-kanak berkenaan Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Luluh hati saya melihat keadaan adik Iman, kanak-kanak yang terlibat dalam kes baru-baru ini. Adik Iman telah dibawa ke HSI dan sedang menjalani rawatan. Saya dimaklumkan adik Iman akan dijaga oleh datuknya selepas discaj dari hospital nanti,” katanya. Setakat ini, pasangan tersebut telah ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat  juga mendedahkan yang , ibu yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala suspek berperwatakan ‘tomboi’ pula berusia 30 tahun direman selama tujuh hari.

Terdahulu, video jiran tetangga di kawasan perumahan Layangkasa telah menyerbu kediaman sewa pasangan berkenaan apabila kerap mendengar kanak-kanak menangis. Kanak-kanak berkenaan didapati mengalami kelukaan di bahagian belakang badan kaki dan tangan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Bapa kandung mangsa yang baru tahu tentang keberadaan anaknya terus bergegas ke Johor untuk melihat kondisinya sebelum berkongsi beberapa video memperlihatkan pertemuan mereka.

Ujarnya, dia sebelum ini memang terputus hubungan dengan anaknya memandangkan bekas isteri menyekat semua komunikasi mereka serta tidak tahu keberadaannya sehingga tular berita tentang kejadian tersebut. Dia juga sama sekali tidak pernah menaikkan tangan kepada anak-anaknya namun bekas isteri dan orang lain pula yang melakukan kekejaman seperti itu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version