Pelakon dan penyanyi Diana Danielle memilih untuk berdiam diri susulan dakwaan warganet yang mengatakan terdapat perubahan pada hidungnya. Namun begitu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, mengakui bahawa ada masanya dia juga mempunyai perasaan tidak begitu yakin dengan penampilan dirinya. “Pada saya, saya ada perasaan tidak begitu yakin (insecurities) terhadap badan dan juga diri saya. “Dan pada saya adalah normal untuk kita bercakap mengenainya. Walaupun ada yang mengatakan betapa cantik dan perfectnya kita, kita akan ada perasaan insecure itu.”
Diana berkongsi perkara tersebut ketika ditemui, pada majlis pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul ‘Bersama Dengan Rindu’ yang diadakan di Loud Speaker Family Karaoke, Datuk Jelatek Mall pada petang Jumaat. Dalam pada itu, bekas isteri kepada Farid Kamil memilih untuk tidak menerangkan cara dirinya mengatasi perasaan kurang yakin itu. “Pada akhirnya, saya berjaya mengatasi perasan kurang yakin itu cuma saya tak perlu saya justify atau terangkan dengan lebih detail macam mana saya mengatasinya’ “Jadi kalau saya terangkan benda tu macam tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi kalau mereka sedar akan perubahan itu nak buat macam mana kan?
Terdahulu, video Diana ketika hadir ke mahkamah bagi prosiding hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam meraih perhatian wargamaya. Ramai yang mendakwa ibu kepada dua orang anak itu melakukan perubahan pada wajah terutama sekali di bahagian hidungnya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.