Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd. Ali sekali lagi mengingatkan adik iparnya, Ali Puteh untuk membayar kepadanya wang menang saman didakwa masih tidak diselesaikan sehingga kini. Menerusi Instagram Siti Norhidayah, dia memuat naik status tersebut memberi maklum balas sebuah portal hiburan yang melaporkan Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan mendapat tempahan banyak selepas menjual ‘sambal petai terangkat’ dan ‘sambal jering berlado.
Bagus lah tapi duit saya menang saman dari 18/02/2022 sampai ke hari ni 2023 belum bayar dan jangan buat-buat lupa ya. Dah bulan 8 ni masih awak tak bayar lagi duit saya sampai sekarang ya. Jangan diam sahaja dan jangan lupa bayar. Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini. Kakak awak masih berhutang dengan saya RM2,000 sebab kalah saman.
Belum bayar dari 2022 sehingga kini 2023. Berdiam sahaja sehingga lah 2023 sudah. Sekarang kan viral tentang orang berhutang kan, so hutang wajib kena bayar,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Pemilik nama penuh Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan itu menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. Sejak kematian Abam, Norhidayah berdepan pelbagai konflik berhubung harta dengan keluarga pelawak itu, terutama Ali Puteh sehingga berlanjutan ke mahkamah.Kredit Kosmo Online . PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.