Ira Kazar masakkan sambal sotong kegemaran suami, sekali ada pula warganet yang minta resepi

Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof  iaitu Ira Kazar dilihat lincah beraksi di dapur demi mengenyangkan perut suami. Terbaru, Ira berkongsi hantaran menu sambal sotong di Instagram Stories. Kata Ira, 27, sambal sotong adalah makanan kegemaran suami tercinta. Selain itu, pemilik nama Faghirah Fatini Kazaruddin tidak lokek berkongsi resepi kepada pengikut di media sosial. Menurut Ira, dia menggunakan 11 bahan untuk penyediaan juadah tersebut. Antaranya adalah sotong, cili boh, bawang merah, bawang putih, bawang holland, asam jawa, sos cili, kicap manis, garam, gula dan mushroom seasoning powder.

Anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi ini juga turut memberi tips kepada warganet untuk menghilangkan rasa hanyir pada sotong. Menurut Ira, sotong akan direbus dahulu dengan asam keping selama beberapa minit. Dalam pada itu, kata Ira lagi, untuk mendapatkan kuah sambal yang pekat perlu dimasak dalam tempoh yang lama dengan baraan api tahap sederhana. Sotong saya rebus dulu selama beberapa minit dengan asam keping supaya tak kecut dan hilangkan bau hanyir. “Masak cili merah merah sampai pecah minyak dulu kemudian masukkan la bahan-bahan lain semua. Apa yang saya belajar, kalau nak kuah pekat, masak sambal tu lama-lama, guna api medium saja.

Sebelum ini, masakan sotong tumis yang dimasak Ira menerima pujian daripada kakak kandungnya, Yasmin Kazar. Kemudian, bubur som som pula dipuji cukup rasa lemak. Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand. Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini berpisah talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version