Seorang bapa tunggal di Thailand menyentuh hati netizen selepas dia berpakaian seperti wanita untuk meraikan Hari Ibu bersama anak angkatnya di sekolah, lapor portal berita Mothership hari ini. Hari Ibu di Thailand disambut pada 12 Ogos setiap tahun untuk memperingati jasa dan pengorbanan seorang ibu. Ia juga menjadi hari memperingati ulang tahun kelahiran mendiang Permaisuri Sirikit.
Bagi meraikan hari tersebut, Sekolah Ban Noen Kroi mengadakan acara khas dengan para ibu dijemput hadir ke sekolah. Bagi seorang pelajar kelas tiga bernama Cream yang dibesarkan oleh bapa tunggal, dia tidak perlu bimbang kerana kerusi untuk ibunya diisi oleh bapa angkatnya, Joe Lookphonbodee.
Enggan membiarkan anak angkatnya bersedih, Joe memakai rambut palsu dan gaun semasa menghadiri acara tersebut. Lelaki berusia 48 tahun yang juga guru di sekolah sama berkata, Cream sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.
Apabila sekolah menganjurkan aktiviti Hari Ibu, saya tidak mahu anak saya berasa serba kekurangan. Sejujurnya, saya tidak berasa malu (berpakaian seperti wanita) kerana saya amat menyayangi anak saya,” katanya. Joe memuat naik gambar dia dan Cream di laman TikTok beserta keterangan bertulis: “Ibu, saya juga boleh menjadi (ibu) untuk anda.”
Dalam video tersebut, Cream memberikan penghormatan kepada Joe di samping rakan-rakan sekelasnya bersama ibu masing-masing, sebelum memeluk bapa angkatnya itu. Menurut Cream, dia juga tidak berasa malu dengan tindakan bapanya itu, sebaliknya berpendapat lelaki tersebut amat comel.
Terima kasih bapa, kerana membesarkan saya dan menggembirakan saya. Saya tidak pernah sekali pun berasa kekurangan dalam hidup ini,” katanya. – AGENSI. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.