Pelakon Janna Nick terpaksa dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara selama empat hari gara-gara masalah kesihatan yang dipanggil sigmoid colitis.
Bagaimanapun, pelantun lagu Gatal itu sudah mendaftar keluar daripada hospital terbabit hari ini. Suaminya Dini Schatzmann ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 28, mengalami sakit perut sehingga tidak mampu berjalan sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Ujar Dini lagi, doktor bagaimanapun tidak mengetahui punca isterinya mengalami masalah tersebut.Menerusi hantaran Janna dalam Instagram miliknya, pelakon drama Bukan Puteri Lindungan Bulan itu berkongsi beberapa keping foto ketika menerima rawatan di hospital dan memberitahu telah dibenarkan pulang untuk berehat.
Discharged (keluar hospital), but still recovering (dalam proses penyembuhan),” tulisnya. Dalam ruangan komen, ramai rakan-rakan artis bersyukur apabila Janna tidak mengalami masalah serius dan mendoakan agar dia diberikan kesembuhan. Semoga cepat sembuh sayang,” ujar pelakon Nora Danish.
Cepat sihat sayangku,” kata pelakon Aprena Menrose. Semoga dipermudahkan urusan Janna,” kata pelakon Ezzaty Abdullah. Menurut istilah perubatan, sigmoid colitis merujuk kepada masalah keradangan pada bahagian usus besar (kolon, sekum dan rektum) yang boleh dikaitkan dengan masalah penghadaman.
Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.