TIDAK seperti kelahiran anak pertama, pengacara dan usahawan Neelofa lebih terbuka menunjukkan wajah bayi keduanya, Abdullah Abbas buat tatapan umum. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkongsi sesi fotografi bersama Abbas dan jelas kelihatan wajah bayi itu pada sebuah pantulan cermin. Malah dia turut memuat naik gambar Abbas namun dalam posisi meniarap. Sebelum ini Neelofa mengambil masa selama lapan bulan untuk berkongsi wajah anak pertamanya Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu.
Dia dan suaminya Pencetus Ummah (PU) Haris sama-sama setuju untuk tidak memuat naik wajah Bilal kerana bimbang terkena penyakit ain. Malah ketika memuat naik gambar bertiga, dia turut menutup wajah Bilal dengan sticker. Ketika itu, ramai dalam kalangan peminat menanti untuk melihat wajah anak pertama itu selepas beberapa bulan dilahirkan sehingga ia menjadi isu dalam kalangan peminat. Ketika Neelofa mengumumkan melahirkan Abbas, ramai juga sudah membuat jangkaan dia tidak akan berkongsi wajah anaknya itu dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Abbas dilahirkan pada 11 Julai lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.