Pelakon hebat, Nad Zainal telah memberi tanggapan berhubung ada dakwaan yang mengatakan dirinya seakan bermasam muka dengan sesetengah rakan artis yang dulu begitu akrab dengannya. Merujuk kepada perkongsian yang dibuat Instagram hlive, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin menyatakan yang dirinya memilih untuk tidak fokus kepada mereka yang sudah hilang dari ‘radar’. “Saya memilih untuk tidak fokus kepada sesiapa yang hilang dari ‘radar’. Siapa yang ada, ada. Bab-bab siapa kawan siapa dan sebagainya, semua ini terlalu ‘high school’ untuk saya,” kata.
Ujarnya lagi, ketika ini dia gembira bersama anak-anak dan suami serta enggan memikirkan tentang masalah bermasam muka yang didakwa oleh rakan artis melibatkan dirinya. “Saya sedang gembira dengan suami dan anak-anak. Jadi, saya tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu. Masih ramai yang ada dengan saya, jadi saya okay saja. Tidak timbul istilah bermasam muka kerana kami masing-masing sudah dewasa. Banyak lagi perkara yang harus diberikan fokus. Contohnya seperti suami, anak-anak dan peminat yang banyak mendoakan walaupun saya sudah sihat.
Bukanlah hendak katakan saya sudah matang, cuma saya fokus kepada mereka yang ada dan kekal untuk bersama. Banyak lagi yang ingin saya fikirkan,” katanya. Dia yang kini berada di fasa trimester ketiga kehamilan akui sangat bersyukur kerana mempunyai peminat yang sangat menyokong serta mendoakan kesihatannya. “Kadang-kadang saya tengok peminat atau orang yang dari luar sendiri datang dari jauh menunjukkan penghargaan kepada saya. Jadi perkara sebegitu yang mengajar saya. Bantuan kadang kala tidak datang daripada orang terdekat atau orang yang kononnya tahu mengenai kehidupan kita. Saya tidak mahu fikir banyak, apatah lagi anak saya sudah tiga orang,” katanya.
Terdahulu, sekitar akhir tahun lalu, Nad Zainal telah mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru sehingga dikejarkan dan dirawat di pusat perubatan, Ketika itu, rakan-rakan selebriti telah melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya untuk menampung kos rawatan di hospital.Sekitar penghujung Januari 2023, pelakon drama Cina Buta telah membuat hantaran mengejutkan di media sosial memaklumkan yang dirinya sudahpun mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Ismail Aziz dan kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 2015 sebelum berpisah pada 2022. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.