Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau umumkan perpisahan dengan isteri

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan ‘perpisahan’ dengan isteri, Sophie Gregoire-Trudeau setelah 18 tahun berkahwin. Dalam satu hantaran di Instagram, Trudeau berkata: “Selepas beberapa perbualan yang bermakna dan sukar, kami memutuskan untuk berpisah.”

Kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menambah, pasangan itu bersama-sama telah menandatangani ‘perjanjian perpisahan yang sah . Jelas kenyataan sama, orang ramai akan melihat pasangan tersebut bersama tiga anak mereka kekal sebagai satu keluarga yang rapat selain dua ibu bapa itu akan terus hadir dalam kehidupan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, mereka meminta privasi menjelang percutian keluarga yang dijadualkan pada minggu depan. Trudeau dan isterinya, yang merupakan seorang wartawan adalah rakan semasa zaman kanak-kanak. Mereka berhubung semula dalam satu majlis tarian amal pada 2003.

Tidak lama kemudian, mereka dilaporkan menjalin hubungan cinta dan berkahwin di Montreal pada 2005.  Pasangan itu dikuniakan tiga cahaya mata iaitu Xavier, 15; Elle Grace, 14 dan Hadrien yang berusia sembilan tahun. Kredit Kosmo PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version