Mohd Shukri bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia yang hebat. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Setiap lakonannya pasti akan hidup tidak kiralah sama ada watak baik, jahat, gila, lembut dan sebagainya.
Drama 7 hari mencintaiku merupakan drama lakonannya yang menjadi fenomena. Tidak hanya di Malaysia, malah drama tersebut terkenal juga di Indonesia, Korea, China, Turkiye dan lain-lain.
Baru-baru ini, di laman tiktok milik @tyaadnan, dia memuat naik satu video yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 3.3 juta, 268 ribu tanda suka dan komen sebanyak 5 ribu.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tya dan Shukri sedang menuju ke suatu tempat menaiki teksi motor dan mereka sempat membuat video trend yang sedang hangat di applikasi tiktok. Rata-rata peminat yang melihat video tersebut teruja dan merasakan bahawa Shukri dan isterinya itu terlalu ‘Sweet’. Di ruangan komen pula penuh komen dari netizen yang single bahawa mereka merasakan keseorangan apabila melihat video tersebut, dan itu hanyalah gurauan dari mereka
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.