Siapa pengganti sesuai untuk menjawat jawatan selaku Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) apabila kontrak Datuk Shapawi Ismail bakal tamat September ini menjadi tanda tanya. Shapawi ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Remaja Komanwel 2023, bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.
Kata Shapawi, beliau ketika ini menjalankan tugas seperti biasa bekerja mengikut keperluan ditetapkan oleh agensi kerajaan. Kita tunggu masanya. Sebagai kakitangan kerajaan kita akan bekerja mengikut kontrak atau tempoh yang ditetapkan,” katanya.
Malah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika ditemui turut enggan mengulas sama ada kontrak Shapawi yang sudah akan diperbaharui atau tidak. Difahamkan, kontrak Shapawi sekarang akan berakhir pada September dengan beliau memegang jawatan itu sejak 2014 mengambil alih tugas ditinggalkan oleh Datuk Zokples Embong.
Hannah bercakap perkara berkenaan selepas merasmikan upacara penyerahan bendera untuk kontinjen negara menuju ke Sukan Belia Komanwel di Trinidad dan Tobago yang akan bermula dari 4 hingga 11 Ogos ini.
Malaysia menghantar 14 atlet yang akan bertanding dalam tiga sukan – berbasikal, olahraga dan renang. Tiada sasaran pingat ditetapkan untuk kontinjen. Kredit Harian Metro.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.