Dapat kritikan persembahan kurang berkualiti, rupanya Siti Nordiana ada masalah peti suara sebab kesan sampingan covid 19

SERING kali menerima kritikan susulan persembahan kurang berkualiti apabila tampil di acara pentas, penyanyi Siti Nordiana mendedahkan dia mengalami masalah pada bahagian peti suara. Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana, 39, berkata, masalah tersebut dipercayai berlaku disebabkan kesan sampingan susulan pernah lima kali terkena jangkitan Covid-19 sebelum ini. Malah kata Nana dia masih dalam proses pemulihan selepas melakukan pemeriksaan dan mendapat nasihat doktor.

“Saya ada masalah sikit pada bahagian peti suara disebabkan terkena jangkitan Covid-19 sebelum ini. Banyak kali terkena, tak tahulah kenapa suka sangat ‘dia’ datang sampai lima kali saya dapat. “Apabila mula sedar ada masalah itu saya dapatkan nasihat doktor dan kini dalam proses ‘healing’. Saya makan ubat untuk proses pulihkan suara sejak Jun lalu,” katanya. Nana ditemui ketika sidang media memperkenalkan barisan peserta program All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerima semua kritikan secara terbuka, Nana juga sentiasa mengkaji kelemahan pada teknik nyanyian yang boleh diperbaiki supaya tidak berlaku masalah suara keterluan ketika di atas pentas. Dalam keadaan kesihatan suara yang masih belum pulih sepenuhnya, juara Gegar Vaganza musim kedua ini berani menyahut cabaran bersaing kembali dengan sembilan juara program tersebut. “Saya kenalah cuba dulu sertai GV kali ini. Tak mahu mengalah awal sebelum mencuba. GV pun sudah banyak berjasa kepada saya dan ini adalah cara saya untuk menghargai produksi.

“Bagaimanapun saya tak boleh nak berhenti menyanyi kerana ini punca rezeki. Doakan kesihatan saya akan kembali pulih. Semua kritikan yang diberikan saya terima… Apabila dikritik tidak bermaksud saya sudah tidak pandai menyanyi. Perlu kaji semula dan tambah baik apa yang perlu,” ujarnya. All Stars Gegar Vaganza akan mula bersiaran pada 24 September ini menampilkan 10 orang juara Gegar Vaganza dari musim pertama hingga musim kesembilan. Sementara itu, bercakap lanjut tentang masalah yang dihadapi, Nana tidak menyekat sebarang aktiviti persembahan pentas namun kurang membuat kemunculan di kaca televisyen.

“Show berjalan seperti biasa cuma saya kurang masuk TV. Bila terlibat dengan program TV, suara kita akan lebih jelas kedengaran, jadi saya kurang ambil tawaran disebabkan masalah ini. Bagaimanapun saya tak boleh nak berhenti menyanyi kerana ini punca rezeki. Doakan kesihatan saya akan kembali pulih,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version