Pengacara dan pelakon, Jihan Muse lebih selektif menapis tawaran bagi memberi tumpuan penuh terhadap anak keduanya yang bakal mencecah usia setahun bulan depan.Kata pemilik nama penuh Nuur Jihan Musa itu, tekad memberikan susu ibu kepada si kecil secara eksklusif hingga genap dua tahun membuatkannya tidak ralat melepaskan undangan lakonan.
Begitupun, bekas pengacara Gegar Vaganza itu sedia terbabit dalam program televisyen yang tidak memerlukan masa panjang seperti rancangan realiti baharu The Chosen One terbitan Astro.
Belum disiarkan, pertandingan berkonsepkan nyanyian membabitkan peserta kanak-kanak itu menyaksikannya duduk di kerusi juri yang turut membabitkan Hazama, Afieq Shazwan dan beberapa penyanyi lain sebagai mentor.
“Apabila ditawarkan tanggungjawab sebagai juri The Chosen One, saya tak mampu menolak melihatkan keunikan program ini membabitkan bakat muda, selain tugasannya hanya sehari dalam seminggu.
Terdahulu, perkahwinan pelakon Keluarga Bahadon itu dengan Ungku Haris yang juga aktor pada 2016 dikurniakan Ungku Altamis Barr, 11 bulan, serta Ungku Arsalan Haq yang kini berusia lima tahun.Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.