Susulan tuduhan berjudi lumba kuda di luar negara, pempengaruh media sosial iaitu Ameera Khan mengambil langkah untuk enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut. Bagaimanapun Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan berkata dia tidak kisah apa yang warganet mahu tafsirkan menerusi perkongsiannya di laman sosial. “Apa saja yang saya pilih untuk kongsi di Instagram (IG) adalah untuk anda lihat, itu saja. Ia adalah pilihan saya untuk kongsi. “Apa saja yang anda mahu ambil dari perkongsian itu, fikirlah apa yang anda nak fikir. Kerja saya hanya untuk berkongsi. Saya tidak kisah,” katanya.
Terdahulu, ramai melemparkan kata-kata negatif ekoran Ameera ada memuat naik fotonya sedang memegang tiket dengan kapsyen meletakkan pertaruhan. Ameera menjawab dakwaan itu ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaharu kolaborasi Disney X Naelofa yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis. Terdahulu, Ibu kepada Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan. Kartini bagaimanapun berkata dia mengambil tindakan untuk memadam posting penjelasan itu daripada laman sosialnya kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
Malah, Kartini turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan anak-anaknya yang tidak pernah jejak ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.