Sejak kebelakangan ini penyanyi dan komposer Faizal Tahir dilihat lebih banyak mengeluarkan lagu berunsur kerakyatan dan santai berbanding lagu ‘jiwang’ atau bertemakan cinta yang cukup sebati dengannya. Faizal mengakui pada usia 45 tahun sekarang ini, lagu-lagu bertemakan cinta sudah tidak kena dengan jiwanya dan melihat genre-genre santai lebih bersesuaian. Berkongsi semasa ditemui sebaik sahaja selesai konsert ‘Aku Faizal Tahir’ di Kuala Lumpur baru-baru ini, Faizal berkata, status sebagai suami dan bapa kepada tujuh orang cahaya mata juga membuatkan beliau lebih peka dengan muzik yang ingin dihasilkannya kepada pendengar.
Tambahnya lagi, dia mahu karya yang dihasilkannya lebih ‘mesra’ dan dekat dengan anak-anaknya yang sedang meningkat usia. Jelasnya lagi, walaupun dia tidak akan dapat bersama mereka selamanya, namun nasihat yang dititipkan menerusi lagu diharapkan akan terus menjadi ingatan buat mereka. “Keluarga sayalah yang menjadi penentu kepada lagu yang bakal dihasilkan” Faizal turut mengakui produk atau lagu keluarannya lebih ringan, santai dan mengandungi unsur nasihat agar ia boleh dijadikan contoh yang baik kepada anak-anak.
Pun begitu, penyanyi dan komposer berkenaan memaklumkan syarat tersebut hanyalah untuk dirinya dan tidak dikenakan kepada lagu yang dihasilkan buat penyanyi lain yang menurutnya sedikit bebas dalam berkarya dan lebih kreatif. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.