Kontroversi yang melanda penceramah bebas dan penyanyi Da’i Syed memberi impak kepada rumah tangganya dengan pengacara Hana Ismail. Mengakui rumah tangga sedikit terjejas, Hana memberitahu kes viral yang melibatkan suaminya itu menimbulkan syak wasangka sehingga menyebabkan dirinya berbalah dengan Da’i Syed. “Tipulah kalau tak menggoyahkan sebenarnya sedikit sebanyak ia menjejaskan. Kami kadang-kadang sampai bergdh mengenai isu ini. Macam mana kita nak menanggapi isu ini, masing-masing ada cara berbeza.
“Kadang-kadang bila ada yang menghasut seperti ini ianya mendatangkan syak wasangka kepada saya sebagai seorang isteri,” kata Hana ketika menjadi tetamu di sebuah program Podcast baru-baru ini. Hana bagaimanapun memilih untuk muhasabah diri untuk membantu keadaan lebih tenang dan pada masa sama membuatkan rumah tangganya harmoni. “Jadi saya berdoa, saya harap saya diberikan kekuatan dan Allah memberikan jalan yang terbaik untuk kami berdua. “Dan saya berharap agar rumah tangga kami ini kekal sampailah ke akhirnya dan ke syurga, Insya-Allah,” ujarnya.
Terdahulu, Da’i Syed menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya. Menurut Syed, dia tidak boleh berdiam diri apabila dakwaan tersebut dikaitkan dengan keguguran yang dialami oleh isterinya, Nurul Hana. Tindakan itu diambil selepas terdapat keratan berita mengenai kes rogol yang membabitkan seorang pendakwah bebas popular yang dimuat naik oleh wanita berkenaan. Wanita yang mendakwa sebagai mngs prksa kepada pendakwah tersebut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan isteri pendakwah tersebut adalah kifarah atas perbuatan terkutuknya.
Untuk info, Da’i Syed pada 10 Disember 2020 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jnyh terhadap mngs sama dengan maksud untuk mencbl kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020. Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hkmn pnjra maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi kes menggunakan kekerasan jnyh, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman pnjr maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.