Pergi ke tanah suci sebab ada penggambaran, pesanan Janna Nick untuk suami jadi perhatian warganet

PELAKON Janna Nick secara berseloroh sempat berpesan agar suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann bersikap baik sepanjang dua minggu dia menjalani penggambaran drama di Tanah Suci Makkah. Dalam bergurau, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, turut menyifatkan perpisahan sementara itu adalah waktu paling sukar buat dia sejak bergelar seorang isteri pada Jun lalu. “Ucapan selamat tinggal yang paling sukar. Jaga diri Dini. “Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama,” katanya yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad. Klik sini untuk lihat video.

Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, turut dilihat menghantar isterinya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dalam video yang dikongsi itu, Janna juga dilihat tidak dapat menahan air mata apabila memberi lambaian terakhir buat suami. Dalam temu bual bersama sebelum ini Janna juga memberitahu tempoh dua minggu berada di sana adalah paling lama mereka berpisah selepas bernikah pada 10 Jun lalu. Janna memberitahu dia turut mengambil kesempatan kali ini untuk sekali lagi mengerjakan ibadah umrah ketika berada di sana.

Dia juga berhasrat untuk membawa suaminya itu bersama namun merasakan tidak manis kerana pemergiannya atas urusan kerja. “Dua minggu akan tinggalkan suami sebab pergi ke Makkah untuk urusan penggambaran drama. Saya pun pergi ke tempat suci untuk beribadah, selain pada masa sama bekerja juga. “Sebenarnya, nak bawa suami sekali. Tetapi atas dasar kerja, jadi saya rasa ia tidak manis kalau nak pergi bersama. “Pada saya, kerja tetap kerja dan kalau betul-betul nak pergi beribadah, nanti kita pergi lagi,” jelasnya.

Janna ke sana bagi menjalani penggambaran drama berjudul Surat Dari Tuhan yang turut menampilkan pelakon Umi Nazeera dan Shukri Yahaya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version