Tiada angin, tiada ribut, nama anak kepada pasangan selebriti popular menjadi bualan hangata warganet apabila seorang wanita mendakwa remaja berusia 18 tahun itu ‘penyondol’ rumah tangganya. Pendedahan itu dibuat menerusi bebenang di aplikasi X dan mendakwa anak gadis kepada dua selebriti popular yang kelihatan sopan dan membawa imej baik sebenarnya ‘penyondol’ yang telah memusnahkan kebahagiaan rumah tangganya sehingga berpisah.
Bertudung litup dan menghormati ibu bapa antara pujian yang sering diterimanya daripada warganet namun pendedahan ini membuatkan ramai terkelu. Malah, wanita dikenali Misya turut mendedahkan bukti yang mendakwa suaminya dan anak pasangan selebriti itu telah ‘check in’ di sebuah hotel dan difahamkan ia bukanlah kali pertama berlaku.
Misya turut mendedahkan anak pasangan selebriti itu pernah meminta maaf dan berjanji dan tidak akan menganggu mereka lagi, namun akhirnya ‘kantoi’ sekali lagi. “Ini konon berjanji takkan ganggu lagi, tapi? Mungkir janji ya, depan keluarga kami. Marissa dania depan parents kau, keluarga kau. Tapi? Terkantoi lagi CHECK IN,”ciapnya. Sementara itu, ibu kepada remaja berkenaan tampil bersuara dan mengatakan segalanya akan dijelaskan olehnya tidak lama lagi.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.