Pelakon jelita, Zarina Anjoulie mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan dirinya sudah kembali menjalinkan hubungan dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elze. Terbaharu, Zarina yang lebih mesra disapa Anju itu memuat naik hantaran yang memaparkan kejutan yang dibuat Khazrul sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini. Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Anju terharu dengan usaha Khazrul untuk menggembirakan hatinya di hari istimewa. Klik sini untuk lihat video.
“Terima kasih tunangku, you are so sweet la. Tak lupa juga pada semua anak anak, sayang korang semua. Majlis makan malam yang sangat mengharukan.” Dalam masa yang sama, Anju turut mengucapkan terima kasih buat anak Khazrul, Erin yang turut meluangkan masa bersama. “Erin sayang, terima kasih sebab datang, saya tahu awak sibuk tapi awak cari juga masa untuk datang pada malam ini. Love you my sweet daughter.” Sementara itu, menerusi satu hantaran lain Anju berseloroh memaklumkan bahawa dia dan tunangnya itu akan kembali mencetuskan ‘drama’ dan ‘kontroversi’.
“Papa & mama is back! Lebih banyak drama, kontroversi dan tentunya shopping. Nantikan! Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet gembira melihat perkhabaran baharu itu dan mendoakan agar hubungan mereka kali ini kekal hingga ke jenjang pelamin. Dalam pada itu, ada juga yang mengimbau kembali kontroversi yang tercetus di antara mereka sehinggakan banyak aib yang dibuka satu ketika dulu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.