Baru-baru ini pelakon Zarina Zainuddin ada mendedahkan bahawa anak lelakinya, Muhammad Raizal Azrai, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Azal kini sedang berkawan rapat dengan seorang wanita dari Indonesia dikenali sebagai Rahmah. Pendedahan itu dibuat menerusi Instagram miliknya hari ini dan ramai yang mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua ini. Menurut Zarina, Azal dan Rahmah mula bersua sejak awal tahun lalu ketika mereka sama-sama terlibat dalam festival jualan di Singapura, mereka mula rapat sejak bulan lalu.
“Mereka sudah banyak kali berjumpa. Sekarang masih lagi dalam proses berkanalan. Hubungan mereka masih baru lagi. Rahmah bekerja di Singapura dan sebab itu mereka sering berjumpa di sana. Soal jodoh itu urusan Allah. Saya tidak meletakkan harapan tinggi. Kalau ada jodoh saya terima dengan baik..Azal juga ada perasaan. Saya mahu seorang yang boleh menjaga dia nanti. Apabila tengok Rahmah, saya pun suka sebab dia seorang pendiam, rajin, cekap bekerja serta pandai bawa diri.”
Dalam pada itu, pada awalnya Azal sukar nak terima Rahmah, namun begitu, Rahmah menerima baik keadaan Azal yang merupakan seorang OKU autisme. “Dia tahu keadaan Azal dan boleh menerima dengan baik. Azal pun boleh berdikari jika berniaga di sana. Azal ada kerja dan wang simpanan sendiri. Jadi tiada masalah untuk dia berkahwin.” Tambah Zarina, Azal pada mulanya sukar terima Rahmah kerana dia bertudung. Namun begitu, setelah diterangkan untuk cari wanita yang pandai menjaga agama, barulah Azal faham.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.