LIMA tahun bergelar bapa tunggal, pelakon Adam Shahz mengakui sering menerima mesej peribadi di media sosial daripada wanita yang ingin berkenalan dengannya. Kata Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, memegang status duda tidak membuatkan dirinya dipandang serong oleh masyarakat, sebaliknya ramai pula yang menyatakan hasrat ingin mengenalinya dengan lebih rapat. Malah, dia pernah dihubungi oleh seorang ibu tunggal mengajaknya berkahwin kerana menyifatkan kisah rumah tangga mereka hampir sama.
“Susah juga pegang title duda ni… orang tak pandang sinis tetapi ramai orang nak try (ketawa). Setiap hari ada sahaja yang menghantar DM… ada yang ajak kahwin. Ada pula seorang wanita ini memberitahu dia bermimpikan saya dan terus DM saya. Katanya kisah hidup saya dan dia lebih kurang sama. Dia kata mungkin ini petunjuk dari tuhan, tapi kadang-kadang saya tak layan pun,” katanya.
Adam berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Teater Bangsawan Dang Anum yang diadakan On Stage Productions Cheras Kuala Lumpur pada Khamis. Pun begitu, Adam memberitahu dia enggan melayan mesej yang diterima kerana hanya menganggap hubungan mereka seperti artis dan peminat. Tambah pelakon filem Juvana itu juga, dia sedikit meragui kesahihan mesej yang diterima kerana bimbang sekiranya ia dikirimkan oleh penipu atau pemilik akaun palsu. “Saya sebenarnya takut juga sebab mungkin scammer atau menggunakan fake account. Tapi ada yang saya check orangnya memang betul ibu tunggal.
“Saya tidak melayan dan saya anggap mereka mungkin peminat dan meminati saya hanya sebagai seorang artis,” ujarnya. Dalam pada itu, Adam berkongsi dia masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga kerana ingin memberikan fokus kepada keluarga. Tambahan pula ibunya iaitu Rokiah Leman, 62, kini kurang sihat dan memerlukan penjagaan rapi. “Saya akui sebagai seorang lelaki kita berkeinginan untuk berkahwin. Kalau dulu pernah gagal dalam perkahwinan, kali ini saya harapkan pernikahan yang berkekalan.
“Cuma ada banyak perkara yang perlu saya buat terlebih dahulu. Mungkin dulu saya kurang beri perhatian kepada orang tua saya… sekarang ini saya mahu fokus kepada ibu,” katanya. Untuk rekod, Adam pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fatin Afeefa pada 21 Disember 2013 namun berpisah empat tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia 8 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.