Selebriti dan usahawan terkenal Neelofa memberitahu dia sememangnya sudah merancang untuk kembali aktif dalam bidang seni selepas melahirkan anak keduanya, Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu. Sudah mula bekerja sejak September lalu, Neelofa bagaimana mengakui bukan mudah untuk menguruskan dua orang cahaya mata. “Bermula minggu pertama September saya sudah agresif bekerja tapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak. “Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam, saya perlukan lebih jam. Cuma sekarang alhamdullillah saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya saya dapat tidur yang cukup.
“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada ‘maid’. Tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta pada suami untuk ada jururawat malam,” katanya. Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 dan Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.