Pernah kutip dana untuk Zamani, kali ni Pak Nil buka tabung bantuan untu Ibnor Riza

Sebelum ini, pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi pernah mengutip dana untuk membantu penyanyi, Zamani Slam bagi menjalani operasi tulang belakang akibat skoliosis. Terbaru, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil berkata, dia bakal mengambil insiatif yang sama untuk membantu penyanyi era 1980-an, Ibnor Riza yang menderita knsr limfoma tahap empat. Di Instagram, Pak Nil dilihat bertemu dengan Ibnor di sebuah majlis. Mereka sempat bercakap sedikit mengenai soal kesihatan pada waktu itu. Tambah Pak Nil, dia tergerak hati untuk membantu selepas melihat video luahan Ibnor yang terpaksa menjual tiga kereta miliknya bagi membiayai kos rawatan kanser yang dihidapi. Klik sini untuk lihat video.

“Dia cakap dia masih lagi nak menyanyi untuk tampung hidup, kos kesihatan dan juga kos sara hidup. Pak Nil tak tahulah dalam keadaan kesihatannya sebegitu, berapa banyaklah ‘show’ dia mampu buat. Dan berapa banyak duit yang boleh dia kumpul untuk kelangsungan hidup dan kos perubatan beliau kena buat kemoterapi dan pada waktu yang sama kos perubatannya sangatlah mahal. Pak Nil terpanggil sekali lagi untuk membantu penyanyi Ibnor Riza yang kita membesar dengan lagu-lagunya.”

Ujar Pak Nil lagi, setiap orang boleh mendoakan agar Ibnor sembuh tetapi pada waktu sama doa saja tidak mencukupi. Untuk itu dia ingin bersama-sama pengikutnya melakukan kerja yang pernah dilakukan. “Kali ini Pak Nil buka akaun Pak Nil untuk anda sampaikan derma infak anda kepada abang Ibnor Riza. Beliau sendiri tak minta untuk derma ini dilakukan. Pak Nil tahu sebagai seorang anak seni, beliau rasa beliau masih lagi boleh cari duit dalam keadaan beliau sekarang. Pak Nil terfikir ini mungkin melambatkan proses untuk mendapatkan duit atau ia akan menganggu lebih teruk lagi kesihatan beliau.”

Meskipun tidak meminta untuk dibantu, sebagai penggiat seni Pak Nil tetap mengambil inisiatif menolong Ibnor Riza. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version