Ada individu yang cakap dia tak bersyukur dapat RM100 nafkah anak, tak boleh berdiam ini respon Shuhada Shukri

BEKAS isteri Hafidz Roshdi dituduh sebagai seorang wanita tidak bersyukur susulan meluahkan rasa tidak puas hati hanya menerima nafkah RM100 untuk setiap anak mereka. Menerusi komen warganet yang ditinggalkan di Instagram, netizen meminta Nurul Shuhada Mat Shukri bersyukur kerana sekurang-kurangnya Hafidz tetap memberikan nafkah. Dakwa warganet itu lagi, Shuhada juga sudah mempunyai kerjaya sendiri dan sepatutnya menggunakan keringat yang ada untuk bangkit demi kehidupan lebih baik. Menjawab komen tersebut, bekas isteri pelakon itu memberitahu dia sudah banyak berkorban untuk membesarkan anak-anaknya.

Kata Shuhada, orang ramai tidak perlu mempertikaikan perkara itu kerana tidak memahami situasi sebenar yang dialami. “Bila ada manusia yang suruh kita faham erti bersyukur, bila dia (warganet) tuduh saya tak gunakan kudrat (bekerja) untuk cari rezeki untuk anak-anak. “Saya bukan setakat guna kudrat… untuk pengetahuan, saya gunakan segala apa yang ada untuk besarkan anak-anak. Don’t talk rubbish la kalau awak sendiri tak pernah ada anak,” katanya.

Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Shuhada juga mengingatkan netizen untuk tidak mempersoalkan rezeki dan meletakkan Allah SWT sebagai pengantungan hidup. Malah, Shuhada turut meminta masyarakat untuk memahami erti tanggungjawab seorang bapa. “Belajar untuk tahu apa erti tanggungjawab sebenar. Jangan persoal bab rezeki ditutup oleh seseorang? Rezeki daripada siapa bang? Dari Allah.

“Belajar letak penggantungan 100 peratus dekat Allah, belajar untuk letak Allah nombor satu… Jangan buat Allah murka. Selamat berjaya,” ujarnya. Shuhada mendedahkan Hafidz culas membayar nafkah buat anak-anak mereka dan hanya memberi wang sebanyak RM100 setiap seorang. Kata Shuhada, ibu bapanya turut terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya membeli keperluan anak-anak. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas mahkamah menetapkan lafaz yang dibuat oleh aktor berkenaan pada 22 Februari adalah mengikut hukum syarak.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version