Emosi penyanyi, Shila Amzah terganggu dek kerana gosip seorang pelakon wanita yang didakwa banyak mencetuskan kontroversi. Menerusi ciapan di platform X, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata beberapa hari lalu dia bermimpi pelakon wanita tersebut datang menganggu suaminya, Ubai MZ sehingga menyebabkan dia berasa tidak tenteram. “Banyak sangat gosip pelakon perempuan ni sampai dia dah termasuk dalam mimpi dah dua kali. Dia kacau Ubai dalam mimpi saya pulak tu, dah ‘bad mood’ bangun pagi. Ubai pun dengan penuh sabar, ‘mimpi je tu sayang’.”
Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun ini juga mendedahkan aktres tersebut turut berada di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Tajikistan pada Selasa lalu. “Semalam nampak dia dekat stadium, mimpi lagi. Dan ia sangat jelas, macam realiti. Korang pernah rasa macam ini?” Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet juga pernah mengalami situasi yang sama dengan pelantun lagu Masih Ku Cinta ini selain menasihatinya agar tidak terlalu berfikir tentang perkara yang tidak nyata. “Banyak kali mimpi yang bukan-bukan, hujung-hujung bangun pagi suami yang kena marah.” Tipulah kalau kata tak pernah. Semoga terus kuat dan tabah, paling penting kena banyak sabar dan doa.
“Tapi jangan ‘insecure’ sangat Sha dengan mana-mana perempuan yang rapat. Fahamlah selebriti, bahaya juga untuk hubungan.” Sekadar info, Ubai dan Shila selamat mendirikan rumah tangga mereka alam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos yang lalu. Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun disahkan berpisah pada Februari 2022. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.