Tular video momen photoshoot anak, sekali cara Safawi Rasid dukung anak jadi perhatian warganet

Pasangan selebriti, Syifa Melvin dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid jadi perhatian selepas video ‘photoshoot’ melibatkan anak sulung mereka, Saif Sulaiman tular di TikTok. Menerusi perkongsian tersebut, Syifa dan Safawi kelihatan memakai busana sedondon berwarna hitam bersama anak lelaki mereka yang kelihatannya dibedung  dengan kain berwarna coklat. “Behind the scene family photo Safawi Rasid dan Syifa Melvin,” tulis pada kapsyen video berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah cara Safawi memegang dan mendukung anaknya yang disamakan seperti memegang bola sepak. Selain itu, rata-rata warganet turut memuji kulit kemerah-merahan yang dimiliki Saif Sulaiman. “Pawi pegang anak dia dah macam pegang bola sepak. “Comelnya! Walaupun Pawi macam pegang piala atau bola dekat anak dia tapi serius suka lawa sangat! “Safawi pegang anak ke pegang piala bola sepak tu? Selalu anak merah macam ni bila besar kulit dia mesti putih melepak. Jarang nak jumpa baby merah ni, besar nanti kulit conform putih.

“Baby ikut muka Pawi ni. baby kalau masa kecik merah tengok besar nanti kulit putih,” komen warganet. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 900,000 tontonan dengan menerima lebih 55,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Khamis. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version