SEORANG pengguna laman X mendedahkan rakannya yang pernah menjadi sasaran bli pelakon Uqasha Senrose ketika zaman persekolahan sudah pergi menghadap illahi pada 31 Oktober lalu. Susulan pemergian wanita berkenaan, individu berkenaan seolah-olah menyalahkan aktres berkenaan dan berharap Uqasha gembira dengan pemergian sahabatnya. Malah individu itu menerusi ciapan di X Uqasha berharap agar Uqasha mendapat pembalasan atas perbuatannya di Padang Mahsyar kelak.
“Aku harap Uqasha gembiralah buat kawan aku macam tu… Kali ini tuntut di Padang Mahsyar is real. “Kawan aku melalui kehidupan yang sukar, depresi, sakit lagi sakit yang takkan boleh sembuh… Hari-hari bertarung untuk terus kuat,” tulisnya. Mengulas mengenai perkara itu, Uqasha ketika dihubungi berkata, dia tiada halangan untuk bersemuka dengan keluarga Allahyarham bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku. Bagaimanapun kata pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu sebolehnya dia enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan individu berkenaan juga sudah tiada.
“Saya boleh sahaja jumpa keluarganya. Sebelum ini lagi saya memang nak berdepan dengan dia (Allahyarham) tetapi dia yang tak mahu. Jadi, tak ada apa-apa yang saya nak komen, arwah pun dah pergi menghadap illahi. Saya pun tak tahu apa yang mereka marahkan lagi dekat saya. Sudah lama saya berdiam fasal hal ini, saya biarkan peguam saya buat kerja. Bagi saya, tiada apa pun yang saya perlu komen,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Malah kata Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, sebelum ini dia sudah menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dia tidak bersalah namun individu tersebut tidak hadir ke mahkamah.
“Saya tidak mahu beri komen tentang perkara itu, biarlah mereka, sebab perkara ini memang sudah dibawa ke mahkamah. Dia tidak hadirkan diri untuk membela diri, atas sebab apa saya tidak pasti. Kalau dari awal dia di pihak benar, kenapa tidak hadir ke mahkamah,” katanya. Pada Mac lalu, nama Uqasha tidak secara tiba-tiba menjadi tular selepas dikaitkan dengan kes bli yang didakwa berlaku sewaktu zaman persekolahannya. Dakwaan itu dibuat oleh seorang pengguna media sosial yang membuat pengakuan secara terbuka dia pernah menjadi sasaran bli Uqasha.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.