Usahawan jelita, Noor Nabila menerima pujian ramai apabila dilihat berkawan baik dengan pelakon Amelia Christie Lim yang juga merupakan kekasih kepada bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad. Menerusi perkongsian video di Instagram, mereka dilihat mempromosikan sebuah produk makanan bersama dan keakraban mereka menjadi tumpuan. Susulan itu, rata-rata warganet turut kagum dengan hubungan baik Nabila dan Sharnaaz walaupun sudah berpisah. Klik sini untuk lihat video.
“Kalau semua mak ayah yang dah divorce macam dorang ni… semua anak-anak takkan terasa kehilangan… contoh mak ayah yang tak selfish… tahniah korang,” tulis seorang warganet. Bukan itu sahaja, warganet juga gembira apabila melihat Jebat Jayden disayangi oleh orang sekeliling. “Jayden will grow up with love from both his parents and much much more! Good job Mummy (Nabila), Baba (Sharnaaz) and Aunty (Amelia),” tulis warganet lagi.
Untuk rekod, Nabila dan Sharnaaz berkahwin pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden, 5. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.