Pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan bahawa dirinya akan berehat selama dua minggu daripada menggunakan media sosial sehingga 26 November. Menerusi posting di Instagram, Sakinah berkata dia memilih untuk mengutamakan kesihatan mental dan emosinya susulan daripada berita-berita mengenai peperangan dan ketamakkan manusia yang sedang berlaku di Palestin. Saya akan berehat dari media sosial. Sungguh menyedihkan melihat dunia pada masa kini. Saya akan mengutamakan emosi saya dan menghantar doa kepada semua yang terjejas dalam peperangan dan ketamakan manusia.
“In silence for days. I will liberate myself from news and any other media. It’s devastating to see the world nowadays. I will prioritize protecting my emotions and send prayers to all those affected by wars and human greed.” Tambah Sakinah, dia masih boleh dihubungi berkaitan dengan kerja melalui emelnya dan turut menyatakan jenis-jenis produk yang dia tidak mahu bekerjasama. “Untuk urusan kerja, please email me. (Note: No slimming, whitening products, or inappropriate brands supporting wars or global warming contoh fast fashion, etc).”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat buat Sakinah dan berharap urusannya dipermudahkan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.