PELAWAK Ali Puteh tidak menyangka sudah 13 tahun berlalu ketika dia bersama arwah abangnya iaitu Abam mengambil keputusan melibatkan diri dalam dunia hiburan. Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, berkata, daripada anggan sebelum memberanikan diri menyertai uji bakat, mereka akhirnya berjaya merialisasikan impian bergelar pelawak. “13 tahun berlalu. Pelbagai duri onak di lalui. Bermula dari 2010 hingga kini. “Bermula daripada angan-angan bersama arwah Abam, pelbagai uji bakat kami sertai untuk cuba menjadi penghibur dan akhirnya berjaya,” katanya.
Ali berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memuat naik beberapa kejayaan yang diperolehi dalam beberapa pertandingan sebelum ini. Dalam pada itu, Ali berkata, sepanjang tempoh itu juga pelbagai perkara sudah dilalui sebagai anak seni namun menganggap semua itu sebagai pengajaran bermakna dalam hidup. Kata Ali lagi, dia tetap akan meneruskan impiannya meskipun Abam tidak lagi berada di sisinya. “Tapi tu semua tinggal kenangan, pahit manis gelak tawa sedih menangis semua itu pembelajaran.
“Dulu berlayar bahtera, kini mendayung sendirian. Akan ku simpan semua kenangan ni. Belajar dan terus belajar. Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. Terus mendayung ke destinasi, sebelum diusung dan tinggal sendiri,” ujarnya. Untuk rekod, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pergi menghadap illahi akibat demam panas pada 10 Februari 2020. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.