DEMI menjaga nama baik keluarga, pelakon Amir Ahnaf mengakui wujud kebimbangan untuk dia melakonkan babak panas dalam mana-mana drama atau filem. Kata Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 23, dia sentiasa memikirkan perasaan dan reaksi ibu bapanya yang mungkin tidak senang melihat hasil lakonan itu kelak. “Sebenarnya saya takut untuk melakonkan babak panas kerana bimbang dimarahi keluarga. Saya masih fikir tentang keluarga kerana saya membawa nama baik mereka.
“Sekiranya babak yang dilakonkan menyentuh sensitivi rakyat Malaysia, saya rasa pengarah dari awal lagi akan mengolah babak itu supaya lebih diterima penonton. Sebaik dibenarkan oleh pengarah dan penerbit, saya sedia berkhidmat untuk menjayakan karakter yang diberikan,” katanya. Dalam pada itu, pelakon drama Syurga Itu Bukan Mudah ini berkata dia sentiasa bersikap profesional dalam menjayakan setiap watak yang diberi. Kata Amir lagi, apa yang ditonton di televisyen tidak sama seperti apa yang berlaku di set penggambaran.
Malah, jika perlu menjayakan babak berdua-duaan bersama wanita juga turut membabitkan ramai kru di lokasi. “Saya rasa okay sahaja kerana itu adalah kerja (tanggungjawab berlakon) yang saya buat. Lagi pun bukan hanya saya dengan call girl (watak dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah) itu saja di set penggambaran, semua kru produksi pun ada. Seperti yang penonton atau warganet tidak nampak, sebenarnya di belakang kamera itu ada ramai orang. Bukan hanya saya dan pelakon perempuan itu saja, jadi kita kena faham tentang tanggungjawab kerja dan sikap profesional ketika bekerja,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.