Penyanyi Farahdhiya akui masih tidak memiliki teman istimewa dan tidak akan mendedahkan kepada umum selagi belum bergelar suaminya. Namun begitu, memetik temu bual Melodi, dia berkongsi bahawa ada lelaki yang mendekatinya malah dia juga pernah mendekatkan diri tetapi masih belum jumpa yang sesuai. “Tengoklah mana tahu tahun 2024 ini ada rezeki untuk itu (kahwin) pulak. Saya memang masih single, saya gambar solo lah. Kalau ada yang special pun saya tak akan kongsi selagi dia tidak bergelar suami saya.
“I keep my private life very very private. Didekati, mendekati, dekatkan diri semua tu ada tapi yang special maybe soon. Saya berkawan dengan ramai, bukan saya playgirl. Saya berkawan sebab saya mencari orang yang sesuai. Saya berkawan untuk berkahwin bukan untuk membuang masa saya. Kepada yang ada rasa-rasa nak membuang masa, stay away from me. Sebenarnya dalam hidup ini kita kena ada rancangan, rancangan sahaja if you want something you kena usaha. Tak boleh nak mengharapkan benda tu datang bergolek,” katanya.
Kongsinya lagi, pernah ada lelaki yang mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga namun dia menolak dengan cara baik kerana masih belum bersedia dan merasakan individu itu tidak sesuai dengannya. Malah, pelantun lagu Bertakhta Dihati ini turut berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan suami. “Sebelum ini ada yang mengajak saya berkahwin tapi saya tidak bersedia ataupun saya tidak merasakan orang itu adalah sesuai untuk menjadi suami saya. Jadi, saya terpaksa tolak dengan cara yang baik.
“Saya seorang yang simple. Kadang-kadang ada yang ingat saya high maintainance mungkin dari segi kerja saya. Saya nak seorang yang simple, yang tak payah berpura-pura, bertanggungjawab, penyayang. You don’t have to be too good-looking sebab bagi saya rupa tu dah jadi nombor 10. Yang penting hati baik bukan penipu bukan pengotor. Selagi saya belum berkahwin, masih lagi boleh isi boring. Dalam masa sekarang saya masih lagi buka option. Masih mencarilah. I wouldn’t say the perfect one. Nobody perfect, im not perfect,” tuturnya lagi.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.