Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan dia dan keluarga sudah lama tidak dihubungi adik lelakinya Ahmad Weldan Zulkefli. Memetik laporan, Iqbal membuat pendedahan tersebut selepas tular kisah penceraian adiknya bersama bekas isteri, Anes Ayuni. Iqbal berkata, dia sudah menjangkakan perpisahan itu bakal berlaku kerana hubungan pasangan tersebut dilihat rumit sejak awal perkahwinan. Malah, usahawan berusia 29 tahun itu juga menganggap Weldan seperti lupa daratan kerana hampir setahun tidak menghubungi ahli keluarga.
“Saya tidak boleh ulas lebih. Yang saya boleh cakap, kami telah terputus hubungan. Mereka tidak hubungi saya dan keluarga hampir setahun. Selepas saya tolong dia, ini yang dia balas kepada keluarga. Sekarang ini kami hanya buat hal masing-masing. Mereka dari awal perkahwinan memang amat rumit. Saya tidak terkejut dengan perpisahan ini,” katanya. Dalam pada itu, Iqbal enggan mendedahkan punca hubungan mereka menjadi renggang kerana menganggap perkara itu adalah aib keluarganya.
“Saya tidak mahu beritahu puncanya tapi sebab yang tidak seronoklah. Yang saya boleh cakap, setelah saya tolong dia, dia terus hilang dan tidak hubungi saya lagi,” ujarnya. Terdahulu, Anes yang juga usahawan produk kosmetik mengesahkan sudah bercerai talak satu pada November lalu dan mengumumkan perpisahan itu bagi mengelakkan fitnah. Sekadar info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 29 Februari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia setahun.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.